Novel Merdeka! Merdeka!
Bab 1 : Das-das Tembakan
Kudin dipilih untuk memyampaikan ucapan sempena majlis perhimpunan di Kuala Lumpur. Kebetulan pula pada masa ini Pak Awang, iaitu ayah Kudin diberi amaran oleh Tuan White agar tidak campur tangan dalam urusan menentang Inggeris.
Bab 2 : Sampai ke Larut MalamMesyuarat di rumah Tuk Ketua tergendala kerana banyak yang terlibat dalam menguruskan jenazah Pak Karim. Kira-kira sebulan yang lalu, PPK dihidupkan semula dan kali ini Kudin dan kawan-kawannya turut serta. Ibrahim telah menggantikan Pak Awang untuk pergi ke Kuala Lumpur.
Bab 3 : Kubu di Tebing Sungai
Pengganas ingin menguasai Kampung Teras Jernang dan dijadikan markas untuk menguasai kampung-kampung di sekitarnya. Dalam perjalanan ke khemah, Kudin juga diberitahu bahawa pak ciknya, iaitu Barman dibunuh kerana menjadi tali barut Jepun. Ujang juga tahu bahawa ayahnya menganggotai kumpulan pengganas.
Bab 4 : Perjalanan
Kudin dan Ibrahim pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api malam. Mereka menemui Encik Hasmun di Kuala Lumpur dan diberitahu bahawa Inggeris gagal menepati janji dengan MPAJA yang hendak memberikan kemerdekaan. Selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, tiada tanda-tanda Inggeris hendak memberikan kemerdekaan.
Bab 5 : Serampang Dua Mata
Mesyuarat tersebut memberikan tumpuan kepada usaha-usaha yang harus dilakukan bagi menentang penjajah. Majlis bersetuju untuk mengadakan satu persidangan pada 1 hingga 4 Mac 1946 bertempat di Kelab Sultan Sultan Sulaiman.
Bab 6 : Hilang
Sebaik sahaja Kudin balik dari Kuala Lumpur, dia bercadang untuk pergi menyelamatkan Bustam yang telah ditangkap oleh pengganas tetapi dilarang. Pak Awang dan Hassan berbincang tentang langkah keselamatan.
Bab 7 : Tetamu Berdua
Majikan Pak Awang, Tuan White menyuruh dua orang pekerjanya memberitahu Pak Awang untuk memberhentikan perjuangannya. Pak Awang naik darah dan membuat keputusan untuk berhenti kerja. Pak Awang, Ibrahim, dan Kudin menjalankan kutipan derma. Walaupun tidak begitu banyak wang yang dikumpulkan, tetapi sudah cukup untuk membuktikan bahawa perjuangan menentang Malayan Union direstui oleh penduduk kampung.
Bab 8 : Detik yang Dinanti
Pak Awang dan keluarga Pak Kasa bulum pulang setelah tiga hari masuk ke dalam hutan. Pada masa yang sama, Kudin bersiap sedia untuk pergi ke Kuala Lumpur. Kudin tiba di Bangunan Sultan Sulaiman. DYMM Sultan Selangor berkenan untuk merasmikan perhimpunan raksasa tersebut. Tugas yang banyak di Kuala Lumpur menyebabkan Kudin lupa akan peristiwa yang berlaku di Kampung Teras Jernang.
Bab 9 : Dalam Kebanjiran ManusiaBanyak pemimpin dan orang Melayu datang berhimpun pada 1 Mac 1946. Kudin berasa sedih apabila diberitahu bahawa ayahnya telah dibunuh oleh komunis. Sungguhpun demikian, Kudin masih dapat memberikan ucapan dengan penuh semangat. DYMM Sultan Sulaiman turut memuji kebjaksanaan Kudin.
Bab 10 : Hancurkan ! Musnahkan !Pada 1 Mac 1946, cadangan untuk menubuhkan UMNO demi menuntut kemerdekaan telah mendapat sokongan. Antara keputusan yang telah dipersetujui ialah meminta Raja-raja Melayu memulaukan hari perasmian Malayan Union. Kudin balik ke kampung untuk menziarahi kubur ayahnya.
Bab 11 : Gerakan RaksasaPenduduk Kampung Teras Jernang termasuk Kudin membina kubu dan khemah di sekeliling kampung. Encik Hasmun mengajak Kudin menghadiri perarakan di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Kudin membantu kerja-kerja di pejabat. Pihak Inggeris telah merasmikan penubuhan Malayan Union dan Sir Edward Gent dilantik sebagai Gabenor yang pertama. Kudin mengikut Datuk Onn dan Encik Hasmun ke Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk menyertai perarakan.
Bab 12 : Hari Keramat
Dua hari sebelum upacara perasmian Malayan Union dilancarkan, semua ahli UMNO telah bersetuju dengan cadangan Datuk Onn untuk menunjuk perasaan secara besar-besaran. Akibatnya, pihak Inggeris tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana sikap tegas yang ditunjukkan oleh penduduk tempatan. Datuk Onn membuat keputusan untuk melatih Kudin menjadi tokoh politik tanah air.
Tema
Perjuangan bagi menuntut kemerdekaan tanah air.
Persoalan
- Semangat patriotik.
- Bersatu dan bermuafakat membuahkan kejayaan.
- Pemuda harapan bangsa dan negara.
- Penjajahan membawa penderitaan.
- Kecekalan, ketabahan dan keberanian menghadapi cabaran.
- Bertindak mestilah menggunakan kepintaran akal.
- Raja lambang kekuasaan, kekuatan dan kebesaran.
Watak & Perwatakan
Kudin
- Remaja berusia 15 tahun, anak kepada Pak Awang.
- Berambut kerinting dan tubuhnya gempal.
- Pelajar pintar.
- Seorang yang berani,pandai bersyarah.
Pak Awang
- Nama sebenar ialah Awang bin Jabar.
- Ayah kepada Kudin.
- Kulitnya agak nipis.
- Bertugas sebagai kerani rendah dan mempunyai semangat patriotik yang kental.
- Pengerusi Persatuan Pahlawan Kemerdekaan.
Comments
Post a Comment