CERPEN TERIMA KASIH CIKGU

Cerpen Terima Kasih Cikgu


Jam menunjukkan tepat jam 6.00 pagi. Kedengaran syahdu azan mendayu-dayu di telingaku pada setiap hening di subuh dinihari. Lantas,aku segera menunaikan kewajipanku. Selepas solat,ibuku memanggilku untuk membantunya di dapur. Ibu seperti biasa sedang sibuk menggoreng pisang.
            “Emi,tolong ibu di dapur sebentar,”Tersentak aku dari lamunanku.
“Baiklah ibu,” jawabku spontan.
            Lalu aku pun melangkah ke dapur untuk membantu ibu. Setelah selesai menggoreng pisang, ibu memasukkannya ke dalam bekas untuk dijual di kedai Mak Cik Ema.
            Pada jam 6.45 pagi, aku mula bersiap-siap untuk ke sekolah. Sebelum aku pergi ke sekolah, aku mencium tangan ibu. Aku berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk menggembirakan ibu dan mengubah nasib keluargaku. Ayahku menghidapi penyakit strok. Kehidupan keluargaku ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.
            Selepas itu, aku pergi ke gerai Mak Cik Ema lalu aku memberikan kuih yang aku bawa untuk dijual di kedainya. Aku pergi ke sekolah dengan hanya berbekalkan wang  50 sen.
            Aku pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Inilah pengangkutanku setiap hari untuk sampai ke sekolah. Dalam perjalanan pergi ke sekolah,aku bertemu dengan guru kelasku iaitu Cikgu Sharifa yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang masa dan aku tenang apabila melihat wajahnya.
            Aku tahu mungkin berat bagi cikgu untuk mengambil keputusan mengajar di kawasan jauh dari kampungnya nun di Terengganu, Cikgu Sharifa sanggup meninggalkan kampungnya. Hal ini, semata-mata menyampaikan ilmu kepada anak bangsa sendiri digagahkan jua dirinya untuk pergi mendidik. Beliau sedar anak-anak sekolah ini banyak ketinggalan dalam pelajaran.
            Terhenti lamunanku seketika apabila Cikgu Sharifa memanggil namaku dari belakang.“ Emi, kamu mahu menumpang cikgu?”tanya cikgu kepadaku. Aku membalas ajakan cikgu dengan penuh hormat dan disulami senyuman. “Tidak mengapalah cikgu. Lagipun nak sampai sekolah dah”.
            Di dalam kelas, aku menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran Matematik yang diajar oleh Cikgu Sharifa.Tambahan pula, Cikgu Sharifa sering kali menasihatkan pelajar yang malas supaya berubah demi masa depan namun nasihatnya ibarat mencurah air ke daun keladi. Berbagai-bagai cara dilakukan oleh beliau seperti mengadakan kelas tambahan pada waktu petang dan pada waktu malam mengadakan kelas tuisyen secara percuma di rumahnya.
            “Emi, apa yang kamu menungkan tu?”tanya Cikgu Sharifa. “Cikgu,kalau saya beritahu sesuatu kepada cikgu boleh? Boleh. Tiada salahnya.Apa dia?” Aku menceritakan masalah peribadiku kepada Cikgu Sharifa, apa lagi masalah kemiskinan keluargaku.
            Cikgu memberikan kata semangat kepadaku. “Apabila berjaya kelak, jangan lupa diri. Bantulah keluarga dan meringankan beban mereka. Awak kena kuatkan semangat,banyakkan berdoa dan jangan tinggalkan solat.”
Masa begitu pantas berlalu, kami akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Aku memperkuat azam dan usaha mengulang kaji pelajaran dan berdoa. Keputusan peperiksaan akan diumumkan dan kini tiba giliranku untuk masuk mengambil keputusan. Tidak sia-sia usaha dan doaku selama ini apabila aku mendapat keputusan cemerlang iaitu 8A. Kami segera mencari Cikgu Sharifa. Namun, kami mendapat khabar berita sedih bahawa Cikgu Sharifa telah kembali ke rahmatullah kerana menghidap penyakit lukimea. Semasa aku berada di pusara cikgu, aku berdoa semoga cikgu ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kerana jasamu,aku berjaya dalam hidupku dan berjaya masuk Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang. Pengorbananmu tidak akan aku lupakan.
            Terima kasih cikgu!!!

Comments