MENGHARGAI MASA

Menghargai Masa


Masa itu berharga


Jam.Apabila kita menyebut jam terbayanglah dalam ruangan minda akan jam tangan, jam dinding, jam meja pada skrin telefon bimbit atau jam pada computer. Pelbagai jenis jam yang berfungsi sebagai alat pengukur masa telah dicipta oleh manusia. Namun begitu yang dihargai hanyalah jam tetapi bukannya nilai jam!

Makna Masa

Maksud masa ialah waktu atau ketika, jangka waktu yang agak lama atau jangka waktu yang tertentu. Dalam satu jam ada 60 minit. Satu minit pula ada 60 saat. Setiap saat akan terus bergerak dengan setianya. Masa terus berlalu setiap hari. Masa terus bergerak ke hadapan. Masa tidak pernah berundur. Oleh itu, kita perlu menghargai masa. Masa terus beredar walaupun kita terlelap buat seketika walaupun masa itu lebih pendek daripada kerlipan mata.

Kita perlu menilai masa yang telah kita gunakan. Masa tidak boleh ditukar ganti atau diminta. Ada pepatah yang menyatakan masa itu emas. Emas sangat berharga kerana nilainya. Begitu juga dengan masa! Sekiranya kita tidak menggunakan masa dengan baik kita akan rugi. Ibarat kata pepatah, “Masa itu umpama sebilah pedang. Jika kita tidak menggunakannya nescaya ia akan memenggal leher kita sendiri”. Jika kita tidak menghargai masa memanglah kita berada dalam golongan orang yang rugi.
Ingat 5 sebelum 5 perkara

Comments