KEJAIBAN PUASA

Kejaiban Puasa



Orang Islam menyambut Ramadan dengan rasa gembira dan penuh kesyukuran.Bulan Ramadan adalah bulan orang Islam mendapat pahala.Setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan mendapat ganjaran pahala yang berlimpah-limpah.Puasa mempunyai keistimewaan dari semua segi,sama ada fizikal,spiritual,mental mahupun emosi.

Fadhilat puasa
Bulan Ramadan adalah rukun Islam yang ketiga.Setiap perkara yang diwajibkan oleh agama kita sudah tentu mempunyai hikmah tertentu.Puasa merupakan latihan untuk kita menjadi seorang yang sabar.Bukan mudah untuk menahan diri daripada makan dan minum selama kira-kira 12 jam dalam satu hari.Tetapi,jika mampu bersabar,tentu kita akan berjaya akhirnya.Kejayaan ini berupa keseronokan ketika berbuka.Setelah menahan lapar dan dahaga,pada waktu berbuka itulah kita akan dapat merasai nikmat makanan dan minuman yang sebenar-benarnya.Puasa juga seharusnya menjadikan kita seorang insane yang lebih prihatin.Bukan semua orang berpeluang mendapat makanan setiap hari.Ada di kalangan rakan-rakan kita yang hidup susah,bak kata pepatah “kais pagi makan pagi,kais petang makan petang”.Kewajiban berpuasa merupakan peluang untuk kita merasai sedikit sebanyak penderitaan yang mereka alami.Sepanjang berpuasa,kita juga dituntut supaya menjaga tutur kata dan tingkah laku kita.Jangan lakukan perkara buruk seperti mengejek dan menyakiti hati orang lain,bergaduh,mengumpat,menganiayai haiwan,dan seumpamanya.

Sains memperakui kebaikan puasa
Puasa adalah suatu cara semulajadi yang digunakan oleh makhluk,untuk menyembuhkan penyakit.Kebanyakan ahli sains telah memperakui hakikat ini berdasarkan kajian yang mereka jalankan sendiri.Sebenarnya bukan manusia sahaja yang berpuasa.Daripada pemerhatian,haiwan juga akan berpuasa apabila ia sakit atau cedera.Banyak kajian mendapati bahawa puasa mempunyai kesan penyembuhan terhadap pelbagai penyakit,antaranya kencing manis,darah tinggi,sembelit,arthritis,asma dan kanser.Dari sudut sains,puasa dapat merehatkan sistem peghadaman dalam tubuh.Sebenarnya,organ dalam badan kita juga memerlukan masa rehat.Semasa berpuasa,tubuh tidak menerima kemasukan sebarang makanan atau minuman.Oleh itu,tenaga yang biasanya digunakan untuk menghadamkan makanan dialihkan kepada sistem imunisasi bagi memulihkan semula fungsi-fungsi seluruh organ dalam badan.Dengan itu,badan akan terasa lebih sihat dan segar.Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa amalan puasa dapat meningkatkan jangka hayat seseorang.Ini adalah fakta yang boleh dipercayai kerana sekiranya tubuh kita sihat dan semua organ dalam badan mampu berfungsi dengan baik,tidak mustahil seseorang itu boleh hidup lebih lama.

Puasa yang dianjurkan oleh Islam


Puasa dilakukan bukan sahaja oleh orang Islam,tetapi juga penganut agama lain dengan cara masing-masung.Ada golongan yang berpuasa dengan tidak dibenarkan mengambil makanan tetapi dibolehkan minum air.Ada juga golongan yang berpuasa lebih daripada sehari.Dalam Islam,kita dikehendaki menahan diri daripada makan dan minum (serta perkara-perkara yang membatalkan puasa) bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari.Kita juga disunatkan berbuka dengan benda manis,serta bersahur pada waktu imsak.Kita tidak dibenarkan melakukan puasa secara berterusan tanpa berbuka kerana itu akan memudaratkan tubuh.Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan kebaikan.Kita hendaklah menjadi orang yang berakhlak mulia.Oleh itu,janganlah menipu semasa berpuasa.Sesungguhnya,orang yang berpuasa dengan jujur dan ikhlas akan dikasihi Allah S.W.T.

Comments